Friday, 5 April 2013

Assalamualaikum wbt. salam sejahtera. Sebelum itu ana mahu mengucapkan syukur pada Ilahi kerana kumpulan ana telah berjaya menyiapkan sebuah video. Tahniah kepada semua ahli kumpulan Cik Siti Wan Kembang kerana dapat menyiapkan tugasan ini walaupun pelbagai dugaan yang terpaksa diharungi.

Di sini ana ingin berkongsi sedikit tentang pengalaman dalam menyiapkan video klip >bila larut malam<.

Pertama sekali setelah diberitahu oleh Dr Notts tentang tugasan ini, kumpulan kami dah stress kerana tugasan lain dah banyak xsiap-siap lagi ditambah pula dengan video dan slid > simpulan bahasa<. (mood stress)

Setelah diberikan tugasan kumpulan bermula la nk pilih lagu. Kami blurr xtau nk buat lagu apa. Ada yg cadang lagu britney spears, aina tasnee la dan macam2 lagi... Penim2 nk pilih lagu ni.huhuhu.  Las2 cuba la buka lagu zaman2 p.ramlee. Akhirnya kami pun sepakat pilih lagu saloma >bila larut malam<. . o___O.

ermm .. Dah pilih tajuk terpaksala berlatih untuk menari dan menyanyi. Hujung minggu kami terpaksa dipenuhi dengan menyiapkan tugasan Dr Notts..SEDIH kang. xdapat nak berehat. =(

Apa yang ialah masa nk berlatih menari. Tempat pula xda nk berlatih dekat tempat lapang segan. Jadi berlatihla dekat kaki lima dekat bilik. Masa sedang berlatih tu keluar la pelajar cina minta kami perlahankan lagu..Xpasal-pasal kena marah. muka merah padam.  kami pun berhenti, sambung berlatih dalam bilik...mood keciwa.

bersambung pada post yang akan dtg...


No comments:

Post a Comment